UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Rabu, 20 Januari 2016

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK UNGKU HUSIN, ENDAU





PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK UNGKU HUSIN,ENDAU


Falsafah PRS

Sebagai PRS, anda perlu sentiasa menghayati falsafah PRS iaitu 'Membantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain'. Dalam usaha Membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha meningkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.


Visi PRS

Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Yang Terbilang Di Malaysia.

Misi PRS

Membangun Diri Dan Orang Lain Supaya Kehadiran Lebih Berkesan.


Peranan PRS

1. Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.


Etika PRS

1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3. Memahami batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5. Melaporkan kepada Kaunselor Sekolah tentang kes yang boleh      merosakkan diri sendiri atau orang lain.
6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor Sekolah.
7. Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.


IKRAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Bahawa Kami,
Pembimbing Rakan Sebaya,
Berikrar Akan Melaksanakan Tugas,
Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut,
Membina Budaya Kasih Mesra Dan Saling Membantu,
Di Kalangan Warga Sekolah,
Membina Kenyakinan Diri Dan Menghayati,
Nilai-Nilai Murni Berasaskan,
Kepercayaan Kepada Tuhan,
Memupuk Potensi Kepimpinan,
Menjadi Pelajar Yang Bertimbangrasa,
Dan Hidup Selesa Dalam Masyarakat Majmuk,
Dan Mematuhi Undang-Undang Sekolah


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan